Related Posts with Thumbnails
".....Menurut resam pahlawan-pahlawan MELAYU, ARAK , JUDI , ZINA , dan segala benda yang telah diharamkan oleh AGAMA ISLAM untuk KAMU tentera FISABILILLAH adalah HARAM.......Wallah hi.., Wabillah Hi....,Watallah Hi......itu lah janji KAMU kepada Allah S.W.T bersaksikan Al-Quran 30 Juzuk Diatas kepala KAMU.......Diapit Oleh 2 Bilah Pedang........Seandainya KAMU melanggar segala janji-janji KAMU.....adakah KAMU rela kedua-dua Bilah senjata ini memakan diri KAMU sendiri.....???..."

Followers




Resolusi 7/2009 : Anwar Pengkhianat

Saturday, October 31, 2009

Ramai sahabat BPN telah mendesak agar dibuat resolusi mengutuk Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Alif Ba Ta. Namun kerana kesibukan dan faktor tertentu maka saya tidak berjaya membuat resolusi tersebut dengan kadar segera seperti yang dipinta oleh sahabat setia Blogger Pembela Negara ( BPN )Akhirnya malam ini saya telah diberikan sedikit masa oleh Allah untuk menyiapkan resolusi yang dihajatkan oleh kita semua. Maka dengan ini marilah kita membuat kecaman dan juga menzahirkan pendirian mengutuk seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang pernah menjadi orang kedua terpenting di negara kita sejak menyertai UMNO dan Kabinet sebelum dipecat dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun pada 1998 kerana meliwat.

Oleh itu Resolusi kita ialah :

1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.

Posted by Brother_nam at 12:37 PM  
0 comments

Post a Comment