Related Posts with Thumbnails
".....Menurut resam pahlawan-pahlawan MELAYU, ARAK , JUDI , ZINA , dan segala benda yang telah diharamkan oleh AGAMA ISLAM untuk KAMU tentera FISABILILLAH adalah HARAM.......Wallah hi.., Wabillah Hi....,Watallah Hi......itu lah janji KAMU kepada Allah S.W.T bersaksikan Al-Quran 30 Juzuk Diatas kepala KAMU.......Diapit Oleh 2 Bilah Pedang........Seandainya KAMU melanggar segala janji-janji KAMU.....adakah KAMU rela kedua-dua Bilah senjata ini memakan diri KAMU sendiri.....???..."

Followers




PAS TAK LAYAK BAGI KOMEN

Friday, November 6, 2009


Melihatkan kecelaruan dalam soal memberikan pernyataan dalam menegakkan syiar Islam, akhirnya PAS bukan sahaja rompong kehilangan taring, malah seolah-olah lidahnya turut dicabut. Terbaru Pengerusi MAIS, Datuk Seri Mohamad Adzib Mohd. Isa menyatakan hanya lima pihak berkuasa dibenarkan mengeluarkan kenyataan melibatkan isu-isu agama Islam di negeri itu bagi memastikan maklumat disiarkan media adalah tepat.

Lima pihak berkenaan ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ketua Hakim Syarie dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Malang sekali senarai tersebut tidak menamakan Hassan Ali selaku ahli Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Selangor.

Sudah tentu arahan ini mendapat perkenan sultan – ketua agama, jika tidak masakan Pengerusi MAIS boleh mengeluarkan pernyataan tersebut. Maknanya suara PAS menerusi Exconya, Hasan Ali secara rasminya tidak boleh dipakai dan disiarkan bila berhubungan dengan isu-isu agama Islam. Maka PAS tidak layak dan bagaimana mereka mahu mempertahankan maruah Islam dan orang Melayu?

PAS sebenarnya telah tersasar jauh sebagai sebuah wadah yang mampu mempertahankan orang Islam / Melayu. PAS tidak mampu malah melemahkan kekuatan Islam dan orang Melayu yang sedia ada di tangan UMNO.

Ini semua bertolak dari fakwa atau petua pelik dan songsang Mursyidul Am PAS Nik Aziz.

Dari senario yang berlaku di Selangor sekarang ini bagai mana pula kalau ianya terjadi di Malaysia? Kuasa di tangan kita untuk

Posted by Brother_nam at 10:18 AM  
0 comments

Post a Comment